Visit InfoServe for Blogger backgrounds.

Saturday 3 December 2011

Fungsi Gingko Biloba Dan Gingseng


Ginkgo biloba dan Ginseng
 Pokok Ginkgo biloba dan Ginseng adalah jenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam bidang perubatan tradisional. Kandungan genetik dan struktur luaran spesies pokok Ginkgo kekal lama kerana tahan akan perubahan persekitaran manakala Ginseng tumbuh secara perlahan-lahan bawah keadaan sesuai sepanjang tahun.
 Jadual bawah menunjukkan bahan utama yang terkandung dalam Ginkgo dan Ginseng serta kegunaan masing-masing.

 Jenis-jenis bahan aktif Kegunaan
Ginkgo biloba
- terpene lactones Meningkatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan
-         ginkgo flavone glyocides darah, meningkatkan kesedaran mental dan kewaspadaan,
-         ginkgolide B mengurangkan migrain dan sakit kepala.
Ginseng :
- ginsenocides Mengembangkan saluran darah, menambahkan bekalan
 darah ke seluruh tubuh badan, mengurangkan kolesterol

 dalam tubuh badan, menghalang kerosakan otot jantung
 ketika berlaku keadaan kekurangan oksigen,
 meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

 Kajian ahli farmasi China mendapati bahawa ginseng berkesan menenangkan, memberi tenaga dan stamina kepada para atlet China tanpa kesan steroid. Pada 1992, Sukan Olimpik di Barcelona menyaksikan tujuh pelari negara China memecahkan rekod dunia. Selain itu, hasil penyelidikan atas ginkgo mendapati kepekatan 24% ginkgo flavone glycosides, 6% terpene lactones kebarangkalian penyakit Alzheimer berkurang.


 

No comments:

Post a Comment