Visit InfoServe for Blogger backgrounds.

Saturday 3 December 2011

Cara menambah Sperma

Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.
Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?
Tak semestinya. Kaum lelaki turut ada risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan. Bayangkan jika setelah anda lakukan ujian kesuburan di hospital dan doktor mengesahkan anda (suami) tidak subur! Bilangan sperma anda tak cukup atau tidak sihat dalam kata lain.
Usah risau, dalam artikel ini, saya kongsikan bersama anda 6 cara bagaimana anda boleh menambah bilangan sperma anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Demikianlah beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan dalam meningkatkan tahap kesuburan anda sebagai seorang lelaki. InsyaAllah, dengan usaha yang betul dan doa yang tidak putus-putus, anda mampu juga menimang cahaya mata seperti yang anda idam-idamkan.
-------------------------------------------------
kredit to:kursusperkahwinan.com

No comments:

Post a Comment