Tentu ramai para suami di luar sana bercadang dan ingin mencuba mencari
G-Spot isteri masing-masing. Sentuhan kepada kelentit wanita merupakan
cara yang biasa dilakukan. Jika ditambah dengan sentuhan G-Spot pasti
menambah lagi kenikmatan dalam hubungan seks suami isteri.
Fakta yang suami perlu tahu.
-
Kedudukan G-Spot masih lagi secara teori dan kewujudannya masih
dibahaskan. G-Spot belum dapat dikesan melalui peralatan perubatan
kerana ia mungkin hanya himpunan hujung saraf yang sensitif. Namun
begitu maklum balas dan kajian mendapati pusat nikmat wanita G-Spot ini
sememangnya wujud dan boleh dicari. Ia memerlukan latihan serta
kerjasama suami dan isteri bagi mencapai G-Spot dan menikmati seks yang
memuaskan hati.
- Tidak semua wanita menyatakan rasa nikmat atas
sentuhan G-Spot. Suami perlu mencuba jika isteri mendapati ia satu
kenikmatan dan tidak menyakitkan maka ia boleh diteruskan. Jika tidak,
masih ada lagi cara lain seperi sentuhan kepada kelentit yang tentunya
lagi berkesan dan mudah.
Memuaskan
isteri dengan G-Spot merupakan proses akhir dalam pemanasan sebelum
hubungan seks. Sebelum itu isteri perlu dirangsangkan dan dibelai.
Persediaan sebelum hubungan seks perlu dibuat. Perkara paling penting
sebelum hubungan seks adalah kebersihan. Memuaskan isteri dengan G-Spot
adalah dengan memasukkan jari hantu dalam faraj isteri dan mencari
G-Spot dengan tekanan dan gosokan lembut dan kesabaran.
Adalah
penting memotong kuku dan membersihkan jari-jari dan telapak tangan agar
tidak timbul rasa tidak selesa dan mungkin luka yang tidak
disengajakan. Rangsangan awal perlu bagi memastikan isteri anda basah,
atau cecair faraj atau vagina membasahi farajnya. Ia akan memastikan
keselesaan sewaktu jari dimasukkan. Bagi melicinkan usaha merangsangkan
G-Spot, sarungkan kondom pada jari yang akan dimasukkan ke dalam faraj
isteri. Cara ini lagi selesa buat isteri dan tambahan gel air khusus
untuk hubungan seks boleh disapu dihujung kondom bagi memudahkan
kemasukkan, miskipun faraj isteri telah berair.
Isteri perlu
baring dengan selesa dan kangkangkan kaki seluas yang boleh. Dengan
telapak tangan mengadap ke atas, perlahan-lahan masukkan jari yang
dibaluti kondom tadi ke dalam faraj isteri. Jika perlu kuakkan bibir
faraj agar tidak timbul rasa tidak selesa isteri. Gerakkan jari ke dalam
faraj separuh jari dan kemudian tekan dan gosokkan perlahan-lahan
bahagian atas faraj menggunakan hujung jari. Biasanya kawasan G-Spot
adalah selaras dengan kedudukan kelentit. Kerjasama isteri adalah
penting, suami perlu saling bertanya kepada isteri tekanan dan gosokkan
mana yang sedap dan nikmat.
Apabila sudah dikesan, maka teruskan
gosokan dan tekanan perlahan sehingga isteri anda puas. Pastikan
sentiasa bertanya kepada isteri keselesaan tekanan dan gosokkan agar
tidak timbul kesakitan. Untuk meningkatkan lagi tekanan pada G-Spot,
isteri boleh angkatkan badan sambil melihat apa yang suami lakukan.
Sudah pasti menyeronokkan!!
No comments:
Post a Comment