Visit InfoServe for Blogger backgrounds.

Wednesday 25 March 2015

EJAKULASI PRA MATANG ( PANCUT AWAL )

Ejakulasi Pra-matang ni ada 2 jenis iaitu jenis kekal (primary) dan jenis sementara.
Ada 3 ciri utama bai ejakulasi pra matang :

 1.Ejakulasi yang berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang selepas penetrasi ke dalam vagina.

2.Tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.

3.Memberi impak negatif kepada lelaki dan pasangannya, misalnya ketegangan hubungan, stress dan kemurungan. Kesannya, hubungan seksual boleh menjadi regang.


 Dari segi definasi, jelas bahawa masalah ejakulasi pramatang ini berdasarkan kepada penetrasi vagina dan bukannya berdasarkan ejakulasi cepat yang berlaku ketika masturbasi.

Ada satu lagi jenis ejakulasi pra matang yang digolongkan dalam kumpulan acquired atau secondary. Ia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti definisi di atas kecuali lelaki yang mempunyai masalah acquired premature ejaculation ini pernah mempunyai tempoh ejakulasi yang normal dan sudah melakukan hubungan seks yang memuaskan diri beliau dan pasangan.

Punca utama ejakulasi pramatang belum lagi diketahui. Bagaimanapun, ia boleh diklasifikasikan kepada punca psikologi atau punca biologi.


Punca Psikologi.
Ramai doktor berpendapat, pengalaman seksual pada peringkat awal remaja boleh membawa kepada masalah ejakulasi pra matang. Ini termasuk:

- Tabiat mastubasi yang terburu-buru dan menyebabkan seseorang mencapai klimaks dengan cepat. Ini selalunya terjadi apabila seseorang remaja melakukan mastubasi tetapi cuba mengelak dari diketahui rakan-rakan atau ibu bapa. Oleh itu, masturbasi dilakukan dengan tergesa-gesa dan ejakulasi berlaku dalam masa yang singkat.

- Perasaan bersalah atau berdosa ketika melakukan hubungan seks atau masturbasi menyebabkan seseorang ingin cepat klimaks.

Ada juga beberapa faktor yang lain yang boleh membawa kepada terjadinya ejakulasi pra matang. Ini termasuk:

Masalah mati pucuk

Seseorang lelaki yang menghidapi masalah mati pucuk boleh mendapat masalah ejakulasi pra matang pada masa yang sama.

Anxiety

Seseorang yang bersifat anxious terutama terhadap sexual performances atau isu-isu lain lebih cenderung untuk mendapat ejakulasi pra matang.

Masalah rumah tangga

Seseorang lelaki yang mempunyai masalah hubungan dengan isteri lebih cenderung untuk mendapat ejakulasi pra matang.

Punca biologikal pula termasuk:
- Paras hormon yang tidak normal.
- Keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak.
- Keabnormalan dalam sistem ejakulasi.
- Masalah kelenjar thyroid.
- Inflamasi dan infeksi pada prostat dan urethra.

Komplikasi.
Ejakulasi pra matang ini tidak akan menyebabkan komplikasi dari segi kesihatan seseorang lelaki. Ia juga tidak berkait dengan penyakit yang serius seperti kencing manis atau sakit jantung.

Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan yang serius serta boleh menjejaskan hubungan suami-isteri malah boleh membawa kepada perceraian.

Sumber: Dr Zulkifli Md Zainuddin

No comments:

Post a Comment