Visit InfoServe for Blogger backgrounds.

Friday 23 September 2011

Sperma cacat


  • Sperma normal bukan saja tinggi dari segi bilangan tetapi memiliki bentuk sempurna dan pergerakan aktif.
Morfologi sperma yang tidak sempurna menyebabkan sukar untuk mendapatkan zuriat.


Kecacatan sperma boleh mengakibatkan keguguran janin.
Faktor tekanan antara punca benih lelaki tidak normal, berkurangan

KEBANYAKAN lelaki yang sihat secara automatik akan menganggap sistem reproduktif mereka tidak bermasalah. Soalnya, sejauh mana kesedaran mengenai kesuburan itu khususnya berkaitan kesihatan benih atau sperma kerana gejala kemandulan lelaki sukar dikesan.

Di Malaysia, kes kemandulan lelaki atau sperma tidak normal, amat jarang dilaporkan kerana tidak banyak data atau kajian mengenai ketidaksuburan lelaki direkodkan. Namun apa yang memeranjatkan, kebanyakan kes atau kebanyakan kes yang dirujuk di pusat perubatan kesuburan membabitkan ketidaksuburan lelaki.
Malah dalam kebanyakan kes, setiap kali keguguran berlaku wanita biasa dipersalahkan. Jika telur normal tetapi sperma pula tidak, ‘kecacatan’ sperma inilah yang boleh mengakibatkan keguguran.